Rasa lama tak menulis coretan disini.. sebaik tak nampak berhabuk lagi. Kali ni dalam entry terbaru nak cerita sikit aku dah try buat tiramisu. Buat dua sekali satu untuk merasa, satu lagi untuk jiranku.. alhamdulillah sebaiklah sedap bak hang. Nak buat tiramisu ini ingatkan susahlah sangat, rupanya alah senang sahaja dengan barang yang tak banyak dan rumit.
Lain orang lain caranya untuk membuat tiramisu ni. almaklum aku ni suka jenis nak mengkaji kalau tak ikut sukatan barang yang kena letak apa yang jadi. Tiramisu ni aku tak letak krim masakan atau whipping cream sebab nak cuba rasanya.
Bahan-bahan Tiramisu
5 biji Telur (Gred A)
Cream cheese (philiphedia) --- biasa guna mascarpone tapi tak jumpa hehehe
Biskut Lady finger
Air kopi secukupnya --- nak guna nescafe pon boleh
Esen vanilla
Cara-caranya
- Asingkan kuning telur dari putih telur (pastikan dalam putih telur takde setitik pon kuning telur)
- Pukul kuning telur sampai likat (aku guna mixer huhu). Pukul kuning telur atas air yang mendidih (untuk memastikan bakteria mati).
- Bila dah likat, masukkan cream cheese dan pukul secara sederhana. Apabila dah sebati letakkan esen vanilla dan pukul lagi.
- Biarkan seketika. Pukul putih telur sehingga kembang dan kental. *Ingat kalau nak pukul putih telur pastikan bekas dan pemukul kering.. takut nanti tak menjadi bila dipukul.
- Campurkan putih telur yang dah kembang kedalam adunan kuning telur tadi. Kaup sehingga sebati.
- Sediakan bekas yang sesuai, rendamkan biskut lady finger ke dalam bancuhan kopi dalam 5 saat. Ini kerana bagi mengelakkan biskut menjadi lembik.
- 1st layer buat susunan biskut kemudian 2nd layer tuangkan sedikit demi sedikit adunan tadi keatas biskut. Ulangi mengikut citarasa. (Saya buat 4 layer )
- Bila dah siap masukkan dalam peti sejuk dan biarkan dalam 8 jam .
Tadaa... sudah siap disejukkan dan bolehlah kita makan.. sesuai dibuat bila ada majlis2 atau suka2 nak makan pun boleh.. kerana saya kuat makan saya yang banyak menghabiskannya.. hehehe
Itu sahaja entry untuk kali ini. Jumpa lagi di lain entry
Xoxo Amal