Sekarang di kedah cuaca panas terik sngat...Daripada masuk daftar sehinggalah sekarang takda setitis air hujan pon yang turun kalau ade pon air liur org bile brcakap tersembur keluar...hehehe Bile duduk dekat dalam bilik memang terasa bahangnya lagi-lagi dengan kipas UFO ni aduhaiiii memang tak rase sangatlah anginnye.
Bila cuaca panas terik sebegini kita dinasihatkan supaya banyakkan minum air putih paling sikit pon 2.5 liter sehari... Memang kena minum jangan tak minum pulak.. karang ade jugaklah yg pengsan. kalau dulu memilih nak air sejuk jer tapi sekarang sejuk ke suam ke semua aku belasah minum sebab dah terlampau haus sngt..
Cuaca panas boleh memberi tekanan fizikal pada tubuh badan manusia. Kesannya adalah daripada sederhana hinggalah boleh membawa maut contohnya boleh mengakibatkan strok haba.
Apa itu strok haba?
Strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah Celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37 darjah Celcius.
Simptom awal strok haba :
- Sakit kepala berdenyut
- Mual dan muntah
- Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas
- Denyutan nadi yang pantas
- Otot lemah dan kejang
- Kulit kering dan kemerahan
- sawan,pitam
Langkah-langkah pencegahan :
- Minum air kosong dengan banyak. Kalau boleh 2.5 liter sehari.
- Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
- Hadkan aktiviti luar. lakukan aktiviti semasa awal pagi ataupun lewat petang sahaja kerana ianya kurang merbahaya dan panas.
- Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
- Pakai topi atau payung besar. Pakai pakaian yg ringan, warnanya terang serta longgar.
- Memakai krim pelindung matahari yg mempunyai SPF 15 atau lebih 30 minit sebelum terdedah dengan cahaya matahari bagi mengelakkan sinaran UVA dan UVB. Gunakan secara berterusan.
- Elakkan makanan yg pedas dan kuantiti yg banyak kerana ia akan menyebabkan suhu badan naik, berpeluh dan kehilangan cecair badan.
- Minum air dua hingga empat cawan setiap jam tanpa mengira tahap aktiviti anda.
- Jgn minum minuman yg berkafein, alkohol atau kandungan gula yg tinggi kerana boleh mempengaruhi fisiologi badan dan menyebabkan kita kehilangan cecair badan.
"Mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubatinya"....
Info : Utusan
Bahagian Pendidikan Kesihatan (KKM)
xoxo Amal...